PROBLEM : linsmith install on Mac OS X October 15, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.Tags: linsmith install problem mac OS x
add a comment
i followed instruction in this site
http://linsmith.darwinports.com/
until here
% cd /opt/local/bin/portslocation/dports/linsmith
% sudo port install linsmith
Password:
then after fill the password , i got this message …
usage: install [-bCcpSsv] [-B suffix] [-f flags] [-g group] [-m mode]
[-o owner] file1 file2
install [-bCcpSsv] [-B suffix] [-f flags] [-g group] [-m mode]
[-o owner] file1 … fileN directory
install -d [-v] [-g group] [-m mode] [-o owner] directory …
what should i do next …
(i’m newbie in using terminal /command line )
lama nih tak update …. nak mula dengan entri balik raya ! October 15, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.Tags: MAS problem Delay
add a comment
tahun ni alhamdulillah dapat balik raya dengan keluarga , selamat pergi dan selamat balik ke sini semula ….
tapi nak di jadikan cerita balik raya nih …
kami naik FERi dari pulau shikoku untuk ke kansai malam khamis …. bersahur dalam feri … pengalaman pertama kami sekeluarga naik FERi bersama … anak aku lagi la .. memang tak pernah naik feri … pagi jumaat tu flight di jadualkan pukol 11 pagi , aku beratur kat kansai airport seawal 8 pagi , patut nya boleh check-in pukol 830 .. aku org pertama la kat depan tuh … tup tap tup tap … aku tengok staf staf ANA dok berkumpol … ingat kan dok briefing untuk flight hari ni .. rupanya briefing untuk CANCEL FLIGHT !!!
rosak sekejap motivasi nak balik raya …
depa kata kapal tak boleh terbang sebab kerosakan teknikal .. jadi kami diberi penginapan di hotel berdekatan untuk 1 malam … dengan ini terpaksa la tidoq 1 malam kat kansai …. bersambung
3 hari tak mai lab .. September 15, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.Tags: aaj, ehime, jepun
add a comment
budak budak lab semua pi camping dari sabtu lepas sampai hari senin …. jadi aku camping kat rumah sajalah .. bulan puasa ni .. aku sebenarnya masih tak pandai menyesuaikan diri dengan orang yang tidak se-akidah ni .. …
bab camping ni .. dah 3 tahun kat lab ni .. sekali pon aku tak pernah join dek kerana tahun lepas aku pulang ke Malaysia … dan tahun sebelumnya aku honeymoon (dah baru kawin hehe) …
aku : camana camping …
omura : bes woooo bes gila…
aku : ooo ya ka .. bukan ka hari sabtu hujan 1 hari ka … hangpa buat apa …? main kat taikukang(dewan sukan) ka ?
omura : ya betol kami pi taikukang … tapi lepah tu kami semua menonggang arak laa .. haha ..
macam mana aku seorang nak join depa kalau menonggang ja reja depa …. (arak ni dah jadi sebahagian dari adat resam depa bila berseronok.. ) …
krisis krisis ..
musim panas yang sejuk .. September 11, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.add a comment
hari ni … masih musim panas.. tapi suhu di matsuyama sudah mencecah suhu paras suhu musim luruh …
terkejut jugak la sampai gitu teruknya kebencian segolongan orang indon terhadap Malaysia September 3, 2009
Posted by n531081m in isu semasa/current issue.Tags: benci, indonesia, malaysia, pada
1 comment so far
aku terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sentimen kebencian meluap-lupa segelintir warga Indonesia terhadap Malaysia ….
selepas aku search kat google , baca dalam forum , mak aih kata kata kesat dan nista saja yang dihamburkan kepada Malaysia @ orang Malaysia ….
kehidupan aku dekat sini pon ada jugak bercampur gaul dengan Indonesia tapi tak ada langsung seperti yang di gambarkan di internet , semuanya berbudi bahasa , lembut tutur bicara (kalau nak dibandingkan dengan orang Malaysia …sepemerhatian aku …) tak pernah ada sengketa .. semuanya kerana kita bersatu di bawah agama Islam , tiada lagi sifat sifat kenegerian … yang penting ’survival’ di negeri orang ini …
selepas baca apa yang tertulis di internet tu , aku faham kenapa banyak pengeboman berlaku di Indonesia (menjadi sebab Nordin Top ‘pengkhianat’ mengebom di indonesia) …….mungkin darah mereka ini senang untuk panas , hanya dengan sedikit api sahaja , boleh terbakar sebelantara hutan ….
p/s: baru ja aku terasa nak pi indon .. nampak nya … kerisauan mula timbul …. orang yang suka api api nih memang ramai kat mana pon … tak senang tengok orang senang …
bukak puasa dengan aman August 31, 2009
Posted by n531081m in student life.Tags: 2009, matsuyama, puasa, ramadhan
add a comment
zaman bujang bujang dulu .. masa berbuka puasa ja .. mesti tka berapa aman .. sebab berebut rebut nak makan .. maklumlah orang bujang ..
lani , ramai yang dah kawin … berkeluarga .. tak ramai lagi yang bujang berbuka … sebab ramai yang balik malaysia – tiket balik malaysia- murah …. suasana berubah
ada satu masa dulu tuh kalau tak simpan makanan kat yang mai lewat tu … sampai ada yang makan hati … tak mai dah surau …(fuuhhh)
lani MICC hiruk pikuk dengan telatah anak anak , jenuh jugak mak bapak nak ambil tahu (termasuk la aku), ..
ramadhan ke -4 August 25, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.Tags: aaj, ehime, islam, malaysia, matsuyama, ramadhan
add a comment
Tahun ni dah masuk Ramadhan ke-7 aku kat sini … yang berbezanya kali ini aku berpuasa sama sama dengan isteri dan anak di sisi …
Tahun ni berpuasa salam musim panas , siang agak panjang kalau nak dibandingkan dengan musim sejuk …. kalau di Malaysia sahur abih hampir jam 6 pagi … di sini jam 4 pagi kami sudah perlu berhenti bersahur !
waktu berbuka pula hampir jam 7 petang …
warga muslin di Matsuyama ni bersama sama menjamah juadah berbuka puasa di ‘masjid kecil ‘ kami (MICC) . Setiap hari akan ada giliran memasak untuk sesiapa sahaja yang mahu menambah pahala di bulan Ramadhan penuh barakah ini …
(bila jam masuk ja waktu lepas zohor .. keletihan melanda diri … )
esok …. (lamanya tak tulih ) July 15, 2009
Posted by n531081m in student life.Tags: aaj, ehime, UMP
add a comment
bini aku balik Malaysia esok sebab hujung minggu ni adik ipaq aku nk kawin.. bujang la aku selama 2 minggu …. kenkyuu GAMBAROUu !! yosh!
kenkyu kau sebenarnya dah kena tukaq tajuk , target aku yang selama ni aku dok pulun nampaknya tak dapat meyakinkan SV Sv aku ….. tak nampak jalan …
jadi depa suruh aku buat benda lain … hmmm 1/2 thn lagi nih nakabih master … aku 1 data apa pon tak dak lagi …. tak pa .. ada masa lagi …. sampai akkhir …
minggu depan org org UMP nak mai …TNC etc. depa nak la jumpa staf-staf dan fellow-fellow UMP kat jepun nih … tak ramai yang nak pi … aku pi la sebab aku membujang …. jalan senang hehe… pi osaka tumpang rumah koko … 1 batch masa akt AAJ dulu ..
ada dinner mlm 19 ni … bleh la kenai kenai sapa lagi org UMP kat jepun nih thn depan rasa macam nak balik m’sia ja … kalau nka buat phd pon aku nak mai jepun jugak … tak mau aku pi negara kapiaq rambut perang (UK etc.) , racist ramai ja macam … kat jepun nih tak penah aku jumpa racist racist jepun pon …
(kalau depa suruh aku sambung phd la la ni jugak camana nih … persediaan tak kemahh nih …mampoihhh)
seminggu lagi aikal dengan mama aikal nak mai May 18, 2009
Posted by n531081m in Uncategorized.add a comment
mintak mintak la selamat depa sampai sini .. tak sakit tak pening .. barang pon selamat
Ya Allah selamatkan lah ahli keluarga ku ..
…………………………………………………..
penat lelah setahun yang lepas mencari bahan , membuat alat untuk penyelidikan sekarang telah Allah nampakkan jalan untuk ke hadapan … esok sambung eksperimen lagi …












